Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Al Quran

seperti yg kita tau,esok merupakan 17 ramadhan. Dan esok jugak merupakan hari nuzul quran iaitu hari yg mulia bagi bagi umat islam di seluruh dunia kerana hari nuzul al quran ialah hari di mana turunnya ayat al-quran yg pertama kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. :)


Nuzul Al-quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Hikmah Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur
Al Quran diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Hikmah Al Quran diturunkan secara beransur - ansur adalah:
  • Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat 'Aisyah r.a.
  • Di antara ayat - ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)
  • Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.

  • Memudahkan penghafalan. Orang - orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah (25) Al Furqaan ayat (32) iaitu: "……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?" Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri: "….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..".
  • Di antara ayat - ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Quran diturunkan sekaligus.



 seperti mana yg kita tau, di dalam Al-Quran terkandung pelbagai ilmu dari segi sains,perniagaan,politik,undang2 dan banyak lagi. selain itu Al-Quran juga merupakan mukjizat nabi muhammad s.a.w. isi kandungan Al-Quran juga tidak boleh diubah hingga ke akhir zaman. :) pahala membaca al-quran di bulan ramadhan amat lah besar ganjarannye....sebab itu kita digalakkan bertadarus al-quran di bulan ramadhan yg mulia serta penuh barakah ini.

sebelum saya mengundur diri, terdapat beberapa soalan yg saya nak ajukan,soalan ini juga saya tanya untuk diri saya sendiri.

Menjelang 13 hari terakhir Ramadhan kali ini, some points to ponder:
  1. Daripada 17 hari yang telah berlalu, berapa harikah kita menunaikan solat terawih berjemaah? Berapa rakaat? dan solat witir pula bagaimana?
  2. Daripada 17 kali kita bangun bersahur (jika bangun), berapa kalikah kita turut qiamullail?
  3. Setelah 17 hari melewati kita, berapa juzuk Al-Quran telah kita baca? Berapa pula yang telah kita fahami? Orang kata, dalam bulan Ramadhanlah kita mampu khatam Al-Quran (30 juzuk dalam sebulan) kerana tiada gangguan syaitan dan hawa nafsu. Fikirkan!).
  4. Setelah merasai ‘nikmat’ lapar dan dahaga, berapa banyak kita telah bersedekah kepada fakir miskin dan yang memerlukan? Berapa banyak pula telah kita berjoli membeli makanan untuk berbuka?
  5. 17 hari = 24480 minit. Maka daripada 24480 minit, berapa minitkah yang telah kita infaqkan untuk berselewat dan bertasbih? Berapa minit pula masih kita bazirkan untuk memfitnah, mengumpat dan perkara sia-sia yang lain?
(sumber soalan dari mkelana.wordpress.com)


janganlah ambil hati dengan soalan ini, seperti yg saya mention tadi,soalan ini jugak saya tujukan untuk diri saya. :) sebagai renungan kita bersama.

2 comments:

Somad Musa said...

rasa diri ini lemah dan rendah disisi Allah bila baca entri ni...

syazwan tahir said...

abg Somad: sy pun...hmm.