Friday, May 27, 2011

Ciri-ciri lelaki mengikut ZODIAK

   Lelaki Libra – 23 September – 22 Oktober

>Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik.

>Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
>Sebahagian besar lelaki Libra berwajah tampan.Bahkan jika wajahnya pas-pasan, tetap terlihat menawan.Sisi gelapnya keras kepala dan sering memulakan pertengkaran. Ketika mood-nya baik,ia lelaki menyenangkan.
>Jika sedang mendung, ia paling suka memancing perdebatan. Secara alami, orang Libra suka berada dalam dunianya sendiri. Tak suka melakukan hal yang aneh-aneh.
>mereka tak suka pada perempuan yang berdandan berlebihan.


Lelaki Scorpio – 24 Oktober – 21 November

>Ia sangat sensitif dan mudah terluka. Ia tak pernah mempercayai siapa pun kecuali dirinya. Kesabarannya mengagumkan. Ia dapat menunggu beberapa tahun untuk mencapai tujuannya. Ia sangat serius terhadap cinta dan tak akan membuang waktu bersama orang yang tak dicintai.
>Warga Scorpio terkenal pendendam. Jangan pernah menjanjikan hal-hal yang tak akan dapat dipenuhi kerana ia akan terus menuntutnya. Ia ingin dihargai dan dikagumi, tapi tidak ingin anda menguasai dirinya.
>Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu.Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio.
>Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih.Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Lelaki Sagittarius – 22 November – 21 Disember

>Warga Sagitarius menyukai kehidupan sosial,humor,dan tidak mahu ketinggalan trend.mereka benci rutin seharian kerana membuatnya bosan.
>Ia bukan pengurus kewangan yang baik.Ia suka pujian dan kata-kata manis.mereka suka melancong dan melihat tempat-tempat menarik.Sagittarius pembenci kewajiban, makanya kata pernikahan membuatnya seperti tercekik.
>Ia mudah sekali jatuh cinta, terutama pada perempuan manis,comel,dan berkeperibadian kuat.
>Lelaki sagitarius juga boleh cemburu.Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat.Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda.
>Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.






Lelaki Capricorn – 22 Disember – 20 Januari



>mereka pendengar yang baik dan dapat mengerti semua hal secara jelas dan mudah. Firasat yang tajam, boleh meneka apa yang anda ingin katakan,bahkan sebelum anda mengatakannya. Wanita selalu datang padanya tanpa diundang.
>mereka suka lingkungan tenang dan damai.mereka akan memberikan anda kebebasan dan hanya memantau dari jauh.mereka kekasih sempurna dari semua Zodiak, laki-laki romantis yang akan mengajak anda berdansa di bawah sinar bulan. Ia takluk pada perempuan yang kemas dan berpakaian cantik.
>Lelaki capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan.
>Apabila mereka berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.


Lelaki Aquarius – 21 Januari – 21 Februari


>mereka berdarah panas,suka melakukan apa pun mengikut keinginan. Jika tak memahami atau tak boleh mengikutinya, Anda tak akan tahan bersama mereka dalam waktu lama. Gaya bicaranya straight to the point dan tak pintar berbohong.
>mereka tak suka orang pesimis,tak punya semangat,dan berotak dangkal.jangan memancing kecemburuannya kerana  mereka tak akan membuat masalah,melainkan pergi meninggalkan anda.
>Biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat mereka sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa mereka sedang cemburu.


Lelaki Pisces – 22 Februari – 21 Mac


>mereka berjiwa sensitif, pendiam, pemalu, dan sangat emosional. Ia bukan orang yang suka melawan arus, dan lebih memilih jalur aman. Bagi dia, dalam hidup yang penting bukanlah cinta melainkan status dan kestabilan.
>mereka suka kepada perempuan yang ceria dan cerdas.Jangan menasihati dirinya kerana ia tak suka. Ia lebih menghargai anda mencontohkannya terlebih dulu daripada memberinya ceramah.
>Lelaki yang paling mulia dan baik hati,lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces.Indeks cemburunya amat memeranjatkan.Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya,mereka akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.


Lelaki Aries – 22 Mac – 20 April

>mereka dapat dilihat lembut, tapi di dalam hatinya ia orang yang sekeras baja dan tegar. Rintangan kecil tidak akan membuatnya jatuh begitu saja. Keras kepala menjadi ciri dari warga Aries. Pujilah dirinya dan berikan senyuman kepadanya kerana itu akan melembutkan hatinya.
>Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya.
>Apabila berhadapan dengan musuh kekasih,mereka akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.



Lelaki Taurus – 21 April – 21 Mei


>Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat mereka tidak tahu cemburu.
>mereka tidak dapat terima kekasih mereka menderhaka kepada mereka.sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
>Taurus pada umumnya tak suka pada aturan. Ia sangat menyenangi kebebasan. Jika anda ingin bersamanya, jangan membuat aturan buat dia kerana dia akan segera meninggalkan anda. Ia boleh melakukan hal-hal yang menurut orang lain aneh.
>mereka suka mencari dan menganalisa orang dan banyak hal. Jika anda sedang dekat dengan lelaki Taurus, jangan membuka terlalu lebar kehidupan peribadi anda, tapi buatlah dia yakin. Ia pasti akan semangat mendapatkan anda.




Lelaki Gemini – 22 Mei – 21 Jun


 > mereka punya kemampuan khusus,pintar berbicara. ketika diberi peluang,mereka boleh bicara tanpa henti.mereka orang yang tak boleh diam,hiperaktif,dan penyuka kekemasan.Ciri menonjol lelaki Gemini adalah sangat pemilih dan senang bosan.
>mereka boleh menukar fikirannya secepat mengganti kasut.mereka tak menyukai pekerjaan rutin dan sangat sulit menepati waktu.
>Jika mereka datang terlambat bukan kerana mereka lupa, tetapi kerana mereka selalu berhenti menikmati hal lain yang menarik perhatiannya.
>Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.



Lelaki Cancer – 22 Jun – 22 Julai


>Inilah lelaki paling sensitif dari semua zodiak. Mood-nya selalu berubah-ubah. Anehnya, justeru perubahan inilah yang membuatnya mempesona. mereka bukan jenis lelaki pejuang. Ia akan menunggu kesempatan yang boleh untuk mendapatkan keinginannya. Ia paling tak tahan ditolak dan sangat anti dipermalukan.
>mereka melindungi dirinya sedemikian rupa sehingga terkesan dingin.Bakat Cancer di antaranya kreatif dan berimaginasi. Ia menyukai perempuan berdikari, ceria, aktif, percaya diri, dan sopan.
>Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana mereka mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. (jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.)
>Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.



Lelaki Leo – 23 Julai – 22 Ogos


>Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah.mereka tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh.mereka  tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu.
>Walaupun kekasih mereka telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun mereka tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasih mereka.
>Penampilan luarnya menunjukkan mereka orang yang lemah lembut,tapi sebenarnya dia kuat dan percaya diri.Kata-katanya selalu tampak normal,tetapi kerap berisi perintah dan permintaan.Harga dirinya sangat tinggi.Ia dapat membantu memecahkan permasalahan orang lain,kecuali masalahnya sendiri.
>mereka boleh terluka kalau Anda tidak memercayai atau tidak menghargai kemampuan mereka,mereka suka kepada orang yang bergantung padanya, kerana itu membuatnya merasa berkuasa.


Lelaki Virgo – 23 Ogos – 22 September


>mereka amat menghargai waktu.Membuatnya menunggu dianggap mereka penghinaan. mereka tak suka dikritik. mereka seorang perfectionist yang romantik.
>Perempuan yang menarik hatinya adalah yang rapi dan berpenampilan up to date. Ia peduli pada detail,pendiriannya juga teguh,ya adalah ya, tidak adalah tidak.
>Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini.
>Walaupun mereka amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.






P/S:sekadar info....jgn percaya 100% k.. :) maaf klu susunan zodiak x mengikut susunan.





No comments: