Sunday, November 27, 2011

Blog Review #2

Ok, kita bertemu lagi dalam segmen Blog Review edisi kedua bersama Syazwan Tahir ! eh.....apa yg aku merepek nie?hehe sory2x....ter feeling2x pengacara pulak. :P

baiklah, seperti biasa...entri nie akan memaparkan belog best dan ohsem yg aku review, dalam entri nie seperti entri lepas....aku akan letak dua belog dalam 1 entri. :) ok....toksah dok buang masa banyak sangat, jom kita p tengok belog2x ohsem nie ! n__n








Najah Hakimah


Header di atas  milik Najah Hakimah yg merupakan tuan empunya belog http://smilenajah93.blogspot.com , belog yg menarik, simple tapi kemas. :)

Setelah aku godek2 belog dier nie, baru aku tau yg dier nie study foundation kat UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), eh...kiranya najah nie bleh cakap lughatul al-arabiyyah (bahasa arab) la nie? ok..meh nak test sikit....kaifa haluki najah?hihi ;)

Entri yg terkandung dalam belog najah nie best2 belaka....boleh buat bacaan ringan di petang hari atau masa terluang, dia jugak ada buat entri tutorial...dan tutorial yg aku suka adalah entri nie-----> http://smilenajah93.blogspot.com/2011/11/pop-up-window.html , thanks najah...baru tau nak buat pop up window untuk komen kat belog camne. :) syukran !






Cik Putry



Header belog yg ohsem nie milik cik putry ye wahai pembaca2 belog ku sekalian, :) Cik Putry adalah pemilik belog http://luahanhatiseoarangperempuan.blogspot.com/ .

Belog Cik Putry nie sangat cantik, ade corak bunga2 kecik sebagai latar belakang belog nie...tapi kemas dan tak nampak serabut. pastu pemilihan kaler pun cantik :) err cik putry, belog cik putry kaler purple kan? nak confirmkan sebab takut tersilap...mana la tau kot2x kaler lain ke ape ke. :P

Cik Putry pengguna Twitter, so sape2x yg nak follow cik putry kat twitter tu sila kelik kat sini-------> http://twitter.com/#!/wanzur . :) saya dah follow cik putry dah... anda bila lagi? ;)

Entri best2 tau, tapi entri yg aku suka dalam nie adalah entri yang pasal coklat termahal tu..wow mahal nye coklat.... 0.o aku rasa coklat ferrero rocher tu dah mahal da..tapi ade yg lagi mahal rupanya ! >,< nie la entri entri tu---- kelik di SINI .




> banyak2 terima kasih kepada najah dan cik putry sebab sudi belog mereka di buat review oleh saya.... walaupun mereka mempunyai follower yg gempak dari saya tapi mereka sudi belog mereka di review oleh saya yg tak se femes mana. :) terharu... :')

> mereka berdua nie peramah seperti blogger2 yg aku dah buat review sebelum nie, jadi kalau yg nak berkenalan dengan diorang dan untuk mengeratkan sillaturrahim sesama blogger....ringan2kan jari anda untuk follow diorang. :) belog mereka pun sangat best !




P/s: SALAM MAAL HIJRAH 1433 dari SYAZWAN TAHIR

Saturday, November 26, 2011

Contest Gambar Paling Awesome


Nampak banner di atas? ye...itu tandanya saya join contest gambar paling awesome ! memandangkan aku dah lama tak join contest kan..so apa salahnya aku join contest nie :)

korang nak join tak? kalau nak join sila klik link ini--------> http://ifahbelog.blogspot.com/2011/11/contest-gambar-paling-awesome.html



Gambar Paling Awesome


saya rasa nie gambar saya yg paling awesome, sebab saya pakai baju melayu.....dan saya rasa baju melayu awesome sebab tu saya pertandingkan gambar nie...hihi. :)


P/s: Tarikh tutup contest ni pada 30hb november ! so cepat2x join ok ! :D

Paris Hilton Masuk Islam?! (Temubual Eksklusif Bersama Paris Hilton)


Juber - Assalamualaikum Paris, apa khabar dan selamat masuk Islam
Paris Hilton - Waalaikum Salem ...... terima kasih kerana sudi menemuramah saya

J - Salam lah bukan SALEM. Bodoh punya betina!
PH - Oh ya kah? Maafkan saya. Masih belum biasa. Selalunya kalau orang menegur saya balas dengan "That's hot". Kini tak boleh lagi.

J - Dah masuk Islam ini tak tukar nama kah Cik Hilton?
PH - Dah ada perancangan nak menukar. Saya ada beberapa nama dalam senarai pendek. Antaranya Dubai Jumairah Abdullah. Saya pilih nama Dubai kerana ianya sama taraf dengan Paris dan Palm Jumairah ialah hotel 7 bintang yang lebih classy dari Hotel Hilton milik keluarga saya sendiri.

J - Kalau macam tu boleh saya bagi beberapa idea nama yang lebih sedap?
PH - Silakan saya sedia terima tunjuk ajar

J - Saya rasa nama Rusila Rasa Sayang lebih sedap kerana Rusila kubu kuat PAS dan PAS itu sangat Islamik di negara saya. Rasa Sayang pula ialah nama Hotel yang best di Malaysia. ianya juga classy macam Hilton.
PH - Eh sedap juga nama you bagi tu. Nanti saya ke Jabatan Kemajuan Islam California untuk daftarkan nama itu. Memang lagi sedap dari pilihan asal saya Dubai Jumairah

J - So cik Paris, kenapa nekad masuk Islam. Bukankah di US agama Islam kini ditentang habis-habisan
PH - Saya masuk Islam kerana saya nampak ada potensi lebih besar untuk kembangkan brand name saya

J - Eh masuk Islam untuk kembangkan brand name bukan kerana kesucian agama?
PH - Oh kamu tak tahu ke? Di negara Barat SEMUA ORANG dah muak dan mual dengan perangai show off saya. Brand Paris Hilton saya sudah tercemar. Tiada investor baru sudi menyelamatkan bisnes saya yang dah macam Titanic. The only way untuk selamatkan harta saya ialah dengan rebranding dan reinvent diri saya selagi masih laku

J - Saya.. saya tak paham. Sila terangkan
PH - Beberapa bulan yang lalu perunding imej saya ada bercerita tentang Gelombang Maher Zain. Dia cakap orang Islam sekarang suka artis dan celeb yang Islamik. Saya buat kajian dan dapati market untuk pengeksploitasian imej berimej Islam ini masih terbuka luas. Setakat ini tak ada artis wanita benar-benar Islamik dan saya mahu gunakan peluang ini untuk membuat duit sebanyak mungkin dengan mengeksploitasikan kenaifan orang Islam. Terutamanya sekali orang Malaysia.

J - Eh itu negara saya. Kenapa awak cakap macam tu pasal negara saya. Tak baik noksssss
PH - Ini fakta. Saya hanya perlu cakap dalam bahasa melayu dua tiga patah kemudian cakap "saya sayang Malaysia" dan terus berpusu-pusulah orang Malaysia yang akan meminati saya. Lagipun tahun lepas bila saya kensel lawatan saya ke KL ramai teman TWITTER yang terkilan. Kali ini kalau saya ke KL sebagai saudari baru mesti lagi ramai yang sudi menyambut.



J - Ok ok.. fine. Mari tukar topik. Bagaiman dengan fesyen? Bolehkah cik Paris biasakan diri dengan imej muslimah?
PH - Tiada masalah. Saya lihat di Malaysia sekarang golongan muda taksub dengan imej HIJABSTER yang dipopularkan Yuna. Walaupun bertudung litup dia sangat fashionable. Saya juga perasan ada fesyen tudung Datuk Siti Nurhaliza. Kalau saya rimas bertudung litup saya pakai sahaja fesyen tudung hair net makcik kafeteria yang dipopularkan beliau. Kalau Juber nak tahu tukang masak saya Carla Espinoza sejak kecik lagi dah pakai fesyen macam Cik Siti awak. This is nothing new to me dan sebagai seorang fashionista berpangkat billionwati ianya bukan masalah besar.

J - Apa lagi pelan perancagang Cik Paris selepas ini

PH - Selain menyelamatkan brand name saya, saya rasa macam nak rakamkan album sekali lagi. Album saya yang dahulu dapat double platinum. Seperti yang saya katakan tadi orang Islam perlukan Maher Zain versi wanita. Di Malaysia saya difahamkan Waheeda Wassini dah pencen. Masanya sangat sesuai untuk saya merakan album nashit saya sendiri.

J - Akhir sekali adakah Cik Paris nak tinggalkan pesanan kepada pembaca Harian Metroll di Malaysia?
PH - Ye.. sila buka minda anda dan jangan mudah percaya dengan berita internet, Just because it is on the internet it is not automatically true you know. Oh dan sila padam video lucah saya. Tak elok simpan video saudari seaagama yang macam itu. Sekian. Shalom Aleichem












P/s: Temuramah diatas bukan betul ye...saja fun2x, kredit kepada blogserius.blogspot.com sebab saya amik dari belog ohsem nie. :)

Blog Review #1

Pada hari nie, saya akan buat review blog ala2 macam tolong promote blog lah kiranya, terharu bila ada blogger yg sudi blog mereka di review oleh aku.... :') ye lahh aku bukan nya popular macam nama2 besar dalam dunia blog nie macam Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha dan lain2.

Its an honour to review your blog, tapi hari nie aku akan review dua blog dalam entri nie.....sebenarnya masa cuti sem lagi aku dah berhajat nak buat entri yg review blog kat blog nie. :)

ok lah...jom kita tengok blog blogger yg ohsem yg sudi di review oleh aku. :)


Faara Lokman


ini lah pemilik blog cekfaraa.blogspot.com , dia nie mungkin minat kaler  purple kot sebab kaler blog dan baju memang sama. :)


nie lah rupa blog Faraa Lokman, comel je header dier....ade DOMO, cik faraa nie peminat DOMO jugak ke?hehehe :P

blog yg simple tapi nice...sebab yg simple tu menarik, kaler purple lagi
semua entri menarik, tapi aku suka entri chocolate yg faara nie buat :)
fuhh...terliur aku tengok pic2 cokelat tu ;)
klik kat SINI kalau nak tengok entri tu





Farhana Adzlan


takde gambar pemilik blog nie plak nak letak, takpe gambar header pun dah cukup....biler tengok header nie.... korang mesti dah dah dapat agak kan belog dier macam mana? dari segi kaler belog dan lain2. :)

Pemilik blog http://farhanahadzlan06.blogspot.com  nie pakai header transparent, ekceli aku penah try nak buat header transparent dulu tapi tak menjadi.....cik farhana boleh tolong ajarkan tak?. :)

semua entri dalam belog nie best2 belaka, follower cik farhana nie 1k+++ tau.... :) tu tandanya belog cik farhana nie best !

entri yg aku suka dalam belog nie ialah entri yg cik farhana ajar macam mana nak sign up untuk churp churp, bagi yang nak tau macam mana nak join, sila klik kat SINI .



>Korang tunggu apa lagi, ringan2kan la jari tu untuk klik follow kat belog mereka berdua nie, boleh saling kenal sesama blogger :) diorang nie friendly tau,.tengok.... diorang sudi belog diorang di review oleh saya. :)

> Terima Kasih kepada Faraa Lokman dan Farhana Adzlan sebab sudi blog awak berdua di review oleh saya. :)





P/s: Bagi blogger lain yg join review blog nie, jangan risau...saya akan review blog awak jugak..sabar ye. :)






Friday, November 25, 2011

Follower Yang Ke #200

Akhirnya, follower belog aku dah mencecah yg ke 200 ! so aku decide nak wat review belog blogger yg menjadi follower aku yg ke 200 nie, tssk tak sangka ade jugak yg sudi follow belog aku...walaupun belog aku nie biase2 je :') terima kasih kepada semua yg sudi follow belog saya. semoga Allah Swt murahkan rezeki anda semua...Ameen. :)

Mayb nanti ade yg kat luar sana akan cakap "eh...poyo nye syazwan tuh, feeling2 blogger retis plak....ingat femes la tuh cam Hanis Zalikha etc. " haha cakap la apa yg nak di cakap...saya ikhlas nak wat review....nak tolong sesama blogger. :)

ok jom kita tengok follower saya yg ke 200


thanks diela sebab sudi follow belog belog saya..... :D syukran ! eh diela nie orang Kepala Batas jugak rupanya? lah...orang kampung saya..hihi. :)

                                     

Nie la header belog diela, belog diela nie memang nice...kaler pink.pastu belog diela nie kemas...pandai dier susun widget2 tu supaya tak serabut. :)

kalau korang nak follow sila ke http://faz-diela.blogspot.com , :D tak rugi kalau korang follow belog diela nie...entri pun best. 

Entri yang aku suka dalam belog Diela nie ialah entri :- @ FAKTA MENARIK TENTANG LELAKI @ korang boleh kelik kat SINI kalau korang nak baca. :)

Terima Kasih Diela dan terima kasih jugak kepada follower2x saya yg lain yg sudi follow dan baca belog saya nie :') dan tak lupa kepada pembaca2x belog saya.. hihi. 


P/s: Rasa lepas nie macam nak buat review belog blogger yg lain lah,memang dah plan masa cuti sem lepas lagi nak buat review nie, nak tolong sesama blogger :) ade yg berminat? kalau ade yg berminat tinggalkan url belog anda di ruang komen nie kalau sudi.


Apa itu #twtup?

Apa itu #twtup? istilah2 camnie hangpa akan jumpa kt Twitter ja, tapi kan la nie aku dah tengok istilah twitter nie dah ada yg pakai kt FB contohnya macam aku eh!. anyway aku yg ada twitter nie dok heran tengok depa dok tweet tu kadang2 ada #twtup, for example harri tu aku tengok masa raya  ada #twtup raya. hmmm....aku yg dok depan laptop nie heran la kan, dok tertanya2x dalam hati " #twtup tu apa dia?" =.=" wuwuwuw nak tanya masa tu malu habaq hang, so aku pun diam ja la sambil dok pikiaq sendiri. =_____=

tapi semalam kat twitter depa main hashtag #DiTwitter , so aku apa lagi...harusssla gunakan peluang nie untuk tanya lekaih kat depa #twtup tu apa. so aku pun tweet la macam nie :-


Finally i got the answer !  :-


Thanks abg pojie for the answer ! :D ha...... la nie baru cek tau apa dia benda alah #twtup nie....nie hangpa yg ada twitter follow la abg @pojiepooh, nie nak habaq mai...dia friendly kalau hangpa nak tau klik la kt sini------> @pojiepooh . hat yg ada belog boleh follow belog abg pojie kat pojiepooh.blogspot.com :)

Istilah lain kat twitter

#Ohsem- berasal dari awesome
#gojes berasal dari gorgeous
#twitterjaya plak bermaksud twitter la (tak pasti betol ke tak yg nie)

ok nie istilah2 lain yg depa dok guna pakai kt twitter...ekceli banyak istilah2 lain, for today cukup la yg nie ja aku habaq. :P

yg takdak twitter lagi...dok tunggu apa kt depan laptop tu? cepat2x la join twitter ! kalau yg dah ada twitter tu feel free to follow @syazwantahir , nanti aku follow korang balik. kalau taknak pun takpe...tak paksa. :)


P/s: Jom tweet2x !

Tuesday, November 22, 2011

Sebuah Cerita Pendek

                                   Mungkin Sudah Tiba Masaku




Setiap manusia akan menghadapi kematian di saat ajalnya tiba . Seberapakah kita sudah bersedia ? Orang kata , kalau kita disaat hampir dengan kematian , tanda tandanya akan nampak .

Tapi , bagaimanakah perasaan kita disaat untuk meninggalkan orang yang kita sayang dari dunia ni . Apakah sempat apa yang kita impikan ?
Haris , dibangunkan dari kelekaan dunia . Entah mengapa dia merasakan , terasa jauh dari orang sekelilingnya . Haris tiba tiba terkenangkan dosa dosanya . Apa jua yang dia lakukan sejak dari kecil , walaupun dosanya sebesar zarah , dia terkenangkan kembali . Setiap kali dia memikirkan kesalahnya , terasa ingin kembali ke waktu dahulu untuk memperbaikinya , tanpa , kini hanya airmatanya menjadi luahan pada segala rintihannya .
Tapi , dia sedar . Dia hanya berpeluang untuk bertaubat kepada Allah . dia benar benar taubat dan dia sangat berterima kasih kerana menjauhkan dirinya daripada keseronokan duniawi . Alhamdulillah .

Haris , mengalami mimpi yang menakutkan baginya , kadang kadang , membuatkan dia merasa sedih . Suatu hari dia termimpi , kawan karibnya , Fauzi , memeluk erat tubuhnya , sambil menangis . tapi , Haris cuma terpinga pinga dan kehairanan denga sikap kawannya . Fauzi , cuma bercakap , "jangan tinggalkan aku" . Tapi , Haris tenangkan kawannya , "Jangan risau" dengan senyuman terukir diwajah Haris . Tetapi , bila Haris terbangun dari mimpinya , dia masih tidak faham mengapa Fauzi menangis kerananya .

Haris , terasa ingin bertemu dengan seseorang . Fira , selalu menunggu Haris untuk menerimanya . Fira seorang perempuan yang solehah dan taat kepada kedua ibubapanya . Haris bertekad untuk berjumpa dengannya . Haris membawa sejambak bunga kepada Fira . Disaat pertemuaan mereka , Fira terkejut melihat Haris .

"Haris , sejak bila awak sukakan bunga ? bukan ke awak allergic dengan bunga ?"

Haris dengan tenang berkata , " Takpe Fira , ini untuk Fira . Harap Fira suka.. :) "

Fira gembira kerana melihat perubahan Haris dan melihat cara layanan kepada Fira pun lain dari dulu .
"Fira , Haris nak cakapkan sesuatu ini.. , boleh ? "

"Boleh , Haris nak cakap apa kat Fira ?"

"Haris nak mintak maaf sebab membuat Fira tertunggu tunggu cinta dari Haris . Mungkin Haris salah sebab perangai Haris dulu memang teruk . Maafkanlah Haris . Dan.. Fira , carilah lelaki yang lebih baik dari Haris . Haris ini bukan untuk Fira . You deserve better than me . Haris harap Fira berjanjilah dengan Haris . Kalau sayangkan Haris , tunaikanlah permintaan Haris itu . please ?"

Fira menangis . " Tapi , kenapa Haris ? beritahulah Fira , kenapa? Fira sayangkan Haris sahaja . Tolonglah jangan buat macam ni kat Fira."

"Secara jujur , Haris pun sayangkan Fira . Tapi , ini bukan jodoh kita . Tak semestinya kita harus memiliki orang yang kita sayang , kan ? "

Fira terus menangis dan terus menangis . Tidak tertahan Haris melihat Fira menangis kerananya . Lalu , Haris terus meminta izin untuk undur .
"Fira , Haris balik dulu . Minta maaf Fira .. Assalamualaikum :') "

Haris terus meninggalkan Fira . Bukan niat Haris untuk meninggalkan Fira keseorangan , tetapi , dia sendiri tidak tertahan melihat orang yang paling sayang terluka kerananya .
Semakin hari , Haris terasa dirinya makin jauh dengan keduniaan ini .
Pada satu malam , selepas dia selesai menunaikan Solat Isya' , dia terasa ingin bukak "Facebook"nya . Dia cuba membalas semua komen dari kawan kawannya . tetapi , dia rasa terlalu banyak untuk dia membalas . Akhirnya , dia mengambil kata putus , untuk menulis di statusnya , "Maafkan saya :) dan terima kasih kawan kawan" . Selepas dia makan malam bersama keluarganya , dan ibunya , memasakkan lauk Daging Masak Merah , lauk kegemarannya . Tetapi , Haris cuma makan sejemput sahaja . Ibunya kehairanan , lalu bertanya ,

" Along , kenapa makan sedikit je ? itu kan lauk kegemaran Along ? "

"Mak , Along takde selera la ." Haris cuma menghabiskan air di gelasnya sahaja dan bangun .
Ibunya terasa amat pelik , kerana , Haris tidak pernah menolak lauk itu walaupun dia dah kenyang .
Sebelum semua orang masuk tidur , Haris pergi ke bilik adik adiknya . Entah bagaimana , dia terasa ingin memeluk adik adiknya itu walaupun mereka sering bergaduh . Haris mencium pipi adik adiknya seorang demi seorang dan cuma bercakap perlahan , "Adik , Maafkan abang ek?" . Lalu , Haris meninggalkan bilik adik adiknya itu . Dan , Haris berjumpa ibunya .

"Mak , Along nak salam dengan mak . pastu nak salam ngan abah ."
Haris salam dan mencium tangan ibunya .

" Mak , mintak halal makan minum Along sejak dari kecik , dan susu mak yang Along minum dulu . Mintak halal ye mak ? alang alang , Along minta maaf kat mak ek ? :) "

Emak , dia menjadi sebak tetapi masih dalam bingung . "Kau ni kenapa Along ? Buang tabiat ke? nak tido je pun . takyahla mengada . Mak , maafkan lama dah . sebab kau tu anak mak. dah p tido, dah malam ni."

Haris cuma tersenyum , " Terima kasih ye mak . hehe :) "

"Haaa , Abah pulak . Along nak mintak maaf kat Abah gak. Maafkan Along ek ? Halalkan makan minum Along ek?"

Abah menjawab sambil tersenyum , "Along ni anak abah , mestilah abah halalkan :) "

"Terima kasih , Abah " . Haris merasakan sangat gembira tapi dia sendiri pun tak tahu kenapa dia merasakan bahagia sebegitu . Lalu , Haris , bangun untuk keluar dari bilik . tetapi , sebelum dia keluar , dia memandang kedua ibubapa nya . Haris tersenyum.. "Selamat malam dan selamat tinggal :) ".

Haris telah pergi menghembuskan nafas terakhirnya semasa dia dalam tidur . Keesokkan dia dikebumikan di Masjid yang berdekatan dengan rumahnya . seluruh keluarganya kesedihan dan kawan kawannya juga turut menziarahi arwah untuk kali terakhir . Berita ini dapat ketahui oleh Fira . Pilunya hati Fira kerana dia baru tahu kenapa Haris ingin meninggalkannya walaupun , Fira tahu , Haris sayangkan dia juga . tapi , kini Fira redha . "Terima kasih ye Haris :'( "

Namun kita tahu , Allah lebih sayangkan dia ..

Haris bin Abu Sufi ..




P/s: Cerpen Diatas  adalah hasil karya seorang Blogger yg juga merupakan kawan saya, segala kredit ke Coretan Anak Penoreh , untuk cerpen yg lebih menarik sila ke Belog Coretan Anak Penoreh

Thursday, November 10, 2011