Sunday, October 9, 2011

Tanggungjawab Muslim Terhadap Al-Quran ( Versi Doodle Yg Super Cute ! :D )



Percaya Dan Beriman Kepada Al-Quran


Membaca Al-Quran


Memahami Maksud Dan Isi Kandungan Al-Quran


Mengamalkan Apa Yg Terkandung Di dalam Al-Quran



Berkongsi dan menyebarkan apa yang terkandung dalam al-Quran
(gambar doodle comel diatas kredit kepada penpatah.blogspot.com dan owhsomuslim.com )

Sedikit Selingan:-

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Saturday, October 8, 2011

Profil Syaitan


Mari kita kenali siapakah syaitan

Nama :
IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri :
Fasik kelas pertama

Agama :
Kufur

Tempat Tinggal :
Hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :
Neraka jahanam

Kawasan :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri :
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Suami :
Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…

Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan :
Angan angan kosong

Tempat pertemuan :
Pasar pasar

Musuh ketat :
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto kerja :
'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita cita :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :
Bila orang membaca istighfar

Logo :
Sebarang tatu

Pejabat operasi :
Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat

Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah

Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari khiamat

matlamat:
Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam

Teman sejawat :
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran :
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa

Yang dibenci :
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :
Wanita cantik,model,pelacur,peragawati,dan sebagainya

Saat ajal:
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas yang paling disukai :
Homoseks dan lesbian

Janji janji :
Janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis :
Bila orang sujud kepada Allah.












Artikel di atas kredit kepada Belog yg ohsem dan best nie-----------> penpatah.blogspot.com <--------  :D

Friday, October 7, 2011

Rahsia Surah Al-Kauthsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud:- 

"Sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi."


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.












P/s: Kalau ada yg salah didalam entri nie, sila betulkan ye :)

Thursday, October 6, 2011

Spontaneous Thursday #4





Masuk UiTM is so bizzare sebab macam satu Malaysia ada cawangan ke ape lah kan. Maka bila keluar result satu Malaysia tahu yang hari itu, in particular adalah UiTM-keluar-result day. Bila semua dah start sms, call, facebook, ym tanya result aku, pasti aku stress mana nak jawab dulu. Yang paling penting, patut jawab ke tak?!

Sunday, October 2, 2011

Baby Aku

Assalammualaikum, eh tetibe jadi sopan plak....ala2 Lelaki Melayu Terakhir ;P haha, oh ye ketahuilah di saat ini syazwan tahir tengah boring....on9 FB,Twitter dan Belog pun still boring eventhough sambil dengar lagu pakai headphone yg gedabak nie =,=" tapi apakan daya......jejari nie gatal jugak p tekan new post kat belog **sigh** baiklah jejari ku, aku mengaku kalah dengan mu, meh tulis entri baru -,-.  kali nie aku nak bercerita pasal baby aku, ye ! i have my baby....kenape? ingat korang je ke yg bleh ader baby? eleh....aku pun ade la **flip collar** :P baby aku dua orang tau..comel lagi, bak kata orang cina " Hen Ke Ai" ;).



Baby Aku

Nur Adriana Batrisyia

ha..camne? comel tak? comel kan? ;), nama baby nie seperti yg tertera diatas...ok ekceli nie anak sepupu aku...tapi kadang2 aku tolong babysit baby nie gak :P so baby aku jugak lah kan? (hehehe impian nak jadi Hot Papa la katakan... :P) lahir pada tanggal 09/09/2009, pergghh!!! cantikkan tarikh lahir dier? nama timangan aka nama manje is tica,tisyia,batrisyia. tapi aku suke  panggil sandha2x dulu...kenapa sandha2x? sebab tisyia nie dilahir kan dekat hospital seberang jaya penang.....pelakon faveret aku Fasha Sandha dulu stay kt seberang jaya...sebab tu aku panggil sandha2x...tehee :P. dier nie dah besar dah.....nie pic time baby dulu, aku suke snap pic tisyia nie sebab dier fotogenik pastu cam suke posing depan camera walaupun still baby tau (wah..bakal top model la nanti hang tica bila dah besaq ;P)


Nie Pic latest tisyia ye Uollss !!! duta 1 malaysia....hahahaha, dah besar still comel dan cantik ;)
umo kalau tak silap 2 tahun...hmm, kalau tak silap lah.












Ahmad Adrian Firas

Nie plak adik lelaki kepada tisyia, nama seperti yg tertera kat atas. tarikh lahir aku taktau...sebab time adrian lahir aku dah kat KL...ye la, aku kan study kat sini. time tisyia beranak aku ade la kt penang lagi sebab masa tu aku baru form 5. nama timangan aka nama manje is Firas dan Adian...tapi aku prefer panggil adian..sebab adian tu akak dier yg panggil..biase la pelat lagi ;) nama adian tu is kinda cute actually :D. time baru umo dier beberapa hari dan beberapa minggu wa cakap lu, nampak kecik je.....nak pegang pun takut, sekarang debab+ comel ! macam pic kat atas tu...demokk kalau hangpa nak tau...sebab tu aku suka dukung pastu cium2 pipi dier yg montel tu ;). time akak dier besar nie pun aku slalu cium2 pipi montel akak dier..ala tisyia tu la :).


Pssttt....baju yg adian pakai dalam pic nie dulu baju kepunyaan akak dier tisyia tu..hihi, comel tak? time nie aku kacau dier dalam buaian..sebab tu yg muker cam nak nangis tu...alolololo....chomel nye ;). Adian nie time dier tido pun aku bantai p kiss2 pipi dier...best woo, dah la montel dan aku suka bau baby :) ala Adian nie kalau aku cium pipi tengah tido pun dier tak sedar....sedap je dier lena tau.


oh ye sebelum aku mengundur diri ade sedikit selingan :-

for your information, benih wanita atau ovum hanya membawa kromosom X sahaja sepanjang wanita boleh menghasilkan ovum. Manakala Benih lelaki which is Sperm, membawa dua kromosom iaitu X dan Y

Kalau kromosom X+ Y maka akan dapat lah anak lelaki
kalau kromosom X+ X maka akan dapatlah anak perempuan

contoh:- X + X= Female (perempuan)

               X+ Y = Male (lelaki)

so kesimpulannya, orang perempuan tak bleh nak disalahkan kalau anak yg dilahirkan bukan anak perempuan atau lelaki, sebab perempuan hanya membawa kromosom X SAHAJA ! so sex determination untuk mendapat anak gegirl or boboy ( boy) ditentukan oleh lelaki sebab lelaki membawa kromosom X dan Y dalam benih mereka. kalau sperm bawak kromosom x time tengah buat anak masa tu maka dapatlah nanti anak perempuan, then kalau sperm bawak kromosom Y time tengah buat anak, maka nanti dapat lah anak lelaki. Kesianlah kat orang perempuan, dah mengandung, beranak, lepas tu disalahkan lagi semata-mata sebab kau tak 

nak baca fakta sains yg basic time sekolah. Itulah suruh baca fakta sains taknak, asek baca Metro.











Okbai (pap pap pap, bunyi tapak kaki berlalu pergi)