Wednesday, September 7, 2011

Oh Wow This Is Interesting Lah!

Semua rakyat malaysia masih lagi dalam mood raya, open house masih lagi 'hangat' di anjurkan di mana2 je dan ramai jugak lah kan yg sibuk memenuhi undangan open house sedare mare or kawan2. ha masa nie jugak lah pola pemakanan berubah sedikit, mana tak nye asyik makan makanan yg kalori tinggi....al maklumlah makanan kat open house semua sedap2 belaka. 

Maka dengan itu ramai lah jugak yg akan noticed muka atau badan sedikit berubah aka berat bertambah, pipi kelihatan tembam atau dagu berlapis selepas menyuluh diri di cermin atau di dalam potret keluarga time raya ( ini jugak terjadi dekat saya -,-").  akan tetapi jangan dok risau! thisd problem can be solved...hehehe. iaitu dengan diet mengikut cara yg betol. :D


Berikut adalah Menu seminggu untuk yg nak diet selepas raya

Isnin
Sarapan
1 mangkuk oat dan susu
Nescafe susu

Makan T/hari
1 cawan/mangkuk nasi
1 ketul ayam
1 cawan sayur
1 gelas air sirap
1 potong tembikai

Minum Petang
2 ketul kek

Makan Malam
1 pinggan mee hailam (lebihkan sayur)
1 biji pisang




Selasa
Sarapan
1 keping capati dan kuah dhal
1 cawan teh

Makan T/hari
1 pinggan nasi
1 ekor ikan bakar
1 hidangan ulam pegaga/kacang botol
1 gelas air barli
1 biji pear

Minum Petang
1 pinggan jagung (bakar atau rebus)

Makan Malam
2 keping piza
1 mangkuk salad



Rabu
Sarapan
1 mangkuk oat dan susu
Nescafe susu

Makan T/hari
1 pinggan nasi
1 senduk udang masak sambal
1 senduk sayur campur
1 gelas air kosong
1 potong betik

Minum Petang
1 ketul popia basah

Makan Malam
1 mangkuk mihun sup
1/2 biji jambu batu




Khamis
Sarapan
2 keping roti mil penuh
4 sudu tuna dengan salad dan timun
air soya

Makan T/hari
1 pinggan nasi
1 ketul ayam masak kari
1 cawan sayur hijau kailan
1 gelas air kosong
1 biji epal

Minum Petang
2 biji tauhu sumbat

Makan Malam
1 bungkus nasi kerabu
1 potong tembikai




Jumaat
Sarapan
1 mangkuk bijirin tinggi fiber dan buah
air teh


Makan T/hari
1 pinggan nasi
i ekor ikan sambal
1 mangkuk sup cendawan
1 biji oren


Minum Petang
4 keping biskut mil penuh


Makan Malam
1 mangkuk yong tau fu
1/2 biji jambu batu






Sabtu
Sarapan
1 mangkuk oat dan susu
Nescafe susu


Makan T/hari
1 pinggan nasi
4 ketul daging
1 senduk sayur campur
1 gelas air sirap
2 biji buah plum


Minum Petang
1 mangkuk tau fu fa


Makan Malam
1 pinggan nasi ayam
1 ketul ayam
1 biji oren





Ahad
Sarapan
1 mangkuk soto
1 gelas milo suam


Makan T/hari
1 pinggan sphagetti
1 mangkuk salad
1 biji pisang
1 gelas jus buah

Minum Petang
1 pinggan rojak buah


Makan Malam
1 pinggan mee goreng (lebihkan sayur)
1 potong tembikai



ok yg diatas adalah menu untuk seminggu bagi yg nak berdiet lepas raya, kalau nak cuba sila lah cuba, kalau tak nak cuba pun takpe sebab takde paksaan :).

P/s: Jangan Lupa bersenam sekali ok! baru dapat balik badan yg asal aka slim @ berat badan yg ideal. :)

4 comments:

Pojiepooh Abdullah said...

thanks for sharing :)

syazwan tahir said...

welcome abg pojie...sharing is caring :D.

Anonymous said...

yang paling best, nescafe susu tuh tak tinggal... i like,,

syazwan tahir said...

Stiletto Ungu: hehe...nescafe susu sedap kan? :)