Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Ahlan wa sahlan ya RAMADHAN, saya berasa bersyukur Allah swt memberi saya peluang untuk  menyambut bulan ramadhan yg penuh barakah ini, di bulan inilah banyak terdapat ganjaran pahala yg allah berikan jika mengerjakan amal ibadah. :) banyak kelebihan bulan ramadhan nie, seperti :

-Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

- Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

-Orang yang bersolat bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)


-Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.


-Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.


-Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.


*ini diantara kelebihan bulan ramadhan, sebenarnya terdapat banyak lagi kelebihan bulan ramadhan. :)*


di bulan ramadhan ini juga kita diwajibkan berpuasa, so apa definisi puasa dan kelebihan puasa?


-menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. (betulkan kalau saya tersilap :) )


diantara kelebihan orang yg berpuasa pada bulan ramadhan ialah;



  • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


memang banyak kelebihan bulan ramadhan dan berpuasa di bulan ramadhan yg allah kurniakan, hope korang sumer rebut peluang nie sebaiknya seperti melakukan ibadah wajib,sunat, solat lima waktu,solat terawih. ingat syaitan2 telah diikat, so nafsu yg tnggal untuk 'menggoda' kita. :) hope kita dapat menahan nafsu di bulan ramadhan nie. :P 



P/s: kepada lelaki muslim, jangan ponteng puasa ye...lelaki takde 'cuti', melainkan anda mempunyai sebab yg dibolehkan untuk tidak berpuasa seperti sakit yg boleh membawa kemudaratan kepada diri kalau tak makan. :)



No comments: